Kek Gulung Polko Dots

 







Kek Gulung Polko Dots 
Bahan - Bahan A : Motif Corak  
  • 1 biji telur 
  • 35 g tepung kek
  • 20 g gula kastor 
  • 1 sudu tepung susu 
Bahan pewarna  
20 gram setiap adunan warna Hijau.Merah, Kuning dan Biru

Penyediaan adunan motif corak 
  • Gunakan pengadun tangan elektrik  pukul semua bahan A sehingga tahap kental. 
  • Bahagikan adunan dalam 4 mangkuk kecil, sambil masukkan setitek pewarna dan gaul hingga rata,  masukkan kedalam beg piping dan ikat ketat.
  • Paipkan bentuk bulat atas kertas minyak di atas dulang pembakar. 
  • Bakar pada suhu 150c selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
 Bahan Bahan B : Inti Kek
  • 150 ml  Non Dairy whip cream
  • 20 gram gula kastor 
  • 2 pek kecil Biscuit Munchy Oat Krunch Strawberry & Blackcurrant 
  • 1 pek of NIPS Peanuts (tambah mengikut keperluan)
Penyediaan. Bahan Bahan B : Inti Kek
  • Gunakan pengadun tangan elektrik pukul whip cream dan gula kastor sehingga kembang. Simpan dalam peti sejuk sehingga diperlu. 
Kek Gulung Polko Dots
Bahan-Bahan  C
  • 4 telur kuning  (Grade B)
  • 20 g gula Kastor 
  • 50 ml minyak jagung  
  • 50 ml susu 
  • 80 gram Tepung Kek 
  • 1-2 sudu Vanilla extract 
Bahan-Bahan  D
  • 4 putih telur  
  • 1/4 sudu kecil krim of tartar
  • 60 gram gula kastor 
  • 1 titek perwarna strawberi
Tetapan Oven:
  • Loyang 9"x11"
  • Suhu Oven 180c- 20 minit (Api atas dan bawah.)
  • Note: Atau mengikut kepanasan oven masing masing. 
Cara - Cara : Penyediaan
Gaulkan Bahan-Bahan C :
  • Kuning telur, gula kastor, minyak, susu dan tepung kek, vanilla ekstrak sehingga sebati.
  • Pukul bahan -bahan D hingga kembang kental hingga tahap ribon.
  • Kaupkan bahan C dan D dengan spatula hingga gaul rata secara perlahan sehingga rata.
  • Tuang aduan ke dalam loyang motif corak tadi.
  • Bakar selama 20 minit atau mengikut kepanasan oven masing masing.
  • Keluarkan dari oven dan letak diatas redai selama 5 minit.
  • Sapukan whip cream dan letakkan Biskut Munchy Oats Krunch Strawberry & Blackcurrent, diikuti dengan NIPS chocolate peanuts kemudian gulung hingga rapi. Sejukan dalam peti sejuk sekurangnya 2 jam.
  • Taburkan NIPS peanut diatas Swiss Roll supaya corak nampak lebih menarik. Selamat mencuba jangan tak cuba.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------