Kek Gulung Bunga Nanas Pineapple Floral Swiss Roll Cake
Bahan - Bahan A : Motif Corak
- 1 biji telur
- 35 g tepung kek
- 20 g gula kastor
- 1 sudu tepung susu
Bahan pewarna
- 30 gram adunan warna Hijau.
- 30 gram adunan warna merah
- 50 gram aduan selebihnya (tanpa warna)
Penyediaan. motif corak
Gunakan pengadun tangan elektrik pukul semua bahan A sehingga dua kali ganda hingga tahap kental Bahagikan adunan dalam mangkuk kecil, masukkan setitek pewarna dan gaul hingga rata. Kemudian masukkan kedalam beg piping dan ikat ketat.
Kepilkan sehelai kertas minyak di atas lakaran templat corak.
Paipkan warna warna atas lakaran templat corak mengikut corak hingga selesai.
Setelah siap, letakkan kertas minyak corak di atas dulang pembakar dan dibiarkan dalam peti sejukkan sehingga diperlukan.
Jom kita buat Kek Gulung.
Bahan Bahan B : Inti Kek
- 150 ml Non Dailry whipping cream
- 20 ml Sirup Nanas Ayam Brand
- 10 gram gula kastor
**Ketulan Nanas Kuib Ayam Brand. (secukupnya)**
Penyediaan. Bahan Bahan B : Inti Kek
1) Gunakan pengadun tangan elektrik pukul bahan B sehingga dua kali ganda dan siap.
Simpan dalam peti sejuk sehingga diperlu.
Kek Gulung Nenas
Bahan-Bahan C
- 20 g gula Kastor
- 50 ml minyak jagung
- 50 ml Santan Ayam Brand
- 80 gram Tepung Kek
- 4 telur kuning (Grade B)
Bahan-Bahan D
- 4 putih telur
- 1/4 sudu kecil krim of tartar
- 60 gram gula kastor
Penyediaan
- Masukan bahan C. Gaulkan minyak, santan, kuning telur, gula kastor, dan tepung sehingga sebati.
- Masukan Bahan D :Putar putih telur dan serbuk tartar hingga berbuih, masukkan gula dan putar hingga menjadi kental.
- Gaul bahan C dan D dengan spatula hingga bergaul rata secara perlahan sehingga rata.
- Tuang aduan ke dalam loyang motif corak. Ratakan dan hentak loyang perlahan untuk menhilangkan gelembong udara. Siap untuk dibakar.
- Bakar suhu 180c selama 20 minit mengikut kepanasan oven masing masing.
- Keluarkan dari oven dan letak diatas redai selama 5-8 minit . Sapukan fresh cream
- dan letakkan Ketulan nanas ayam brand dan gulung hingga rapi .
- Sejukan dalam peti sejuk leh kurang 2 jam sebelum menlukis corak lagi.
- Siap